Kesihatan Schnauzer kerdil

Tinjauan The Kennel Club meletakkan jangka hayat median bagi schnauzer katik pada usia lebih sedikit daripada 12 tahun. Kira-kira 20% hidup hingga usia >15 tahun.[30] Walaupun baka ini pada umumnya baka sihat, schnauzer katik mungkin menderitai masalah kesihatan yang berkaitan dengan paras lemak tinggi. Masalah sedemikian termasuk hiperlipidemia, yang dapat meningkatkan kemungkinan pankreatitis, walaupun salah satu antara kedua-duany dapat terbentuk secara bebas. Isu lain yang mungkin menjejaskan baka ini merupakan kencing manis, batu pundi kencing, dan masalah mata. Pemberian makanan rendah lemah atau tanpa lemak dan tanpa gula dapat membantu untuk mengelakkan masalah ini.[31][32][33] Schnauzer katik juga terdedah kepada sindrom komedo, iaitu keadaan yang menghasilkan benjolan berisi nanah, biasanya pada belakangnya, yang dapat dirawat dengan pelbagai kaedah.[34] Telinga schnauzer katik patut dikeringkan selepas berenang kerana risiko jangkitan, terutamanya yang mempunyai telinga semula jadi; pemeriksaan telinga patut menjadi sebahagian daripada pemeriksaan tahunan nalar.[35] Schnauzer katik juga terdedah kepada penyakit von Willebrand (vWD). vWD pada anjing ialah kecelaruan perdarahan terwaris yang berlaku oleh sebab kekurangan kualitatif atau kuantitatif bagi faktor von Willebrand (vWF), iaitu protein multimerik yang diperlukan untuk lekatan platelet.[36]

Rujukan

WikiPedia: Schnauzer kerdil https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Miniat... https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Ter... https://www.dogsnz.org.nz/breeds/schnauzer-miniatu... http://www.theminiatureschnauzerclub.co.uk/the-bre... http://www.amsc.us/history-of-the-miniature-schnau... https://www.thekennelclub.org.uk/services/public/b... https://web.archive.org/web/20150207074338/http://... http://www.akc.org/breeds/miniature_schnauzer/inde... https://books.google.com/books?id=I8IJBgAAQBAJ&pg=... https://archive.org/details/natureofdogs0000ludi